Kulai: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan lemas di sebuah kolam takungan air berhampiran Taman Sungai Mas di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati, ibu bapa mangsa keluar bekerja jam 6.30 pagi, selepas mendapati mangsa sedang tidur bersama kakaknya yang berusia 17 tahun.
Bagaimanapun, beliau berkata, pada jam 10 pagi, ibu mangsa dihubungi seorang kenalan memaklumkan anaknya itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam terbabit, yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman mereka.
"Hasil siasatan, mangsa dipercayai pergi ke kolam berkenaan sendirian untuk memancing, susulan penemuan sebatang joran berhampiran lokasi," katanya pada kenyataan, hari ini.










