KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd mengadakan kerjasama dengan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai golongan orang kurang upaya (OKU), selain mengiktiraf bakat, pencapaian dan sumbangan mereka.Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Datuk Ir Narendran Maniam berkata, kerjasama itu dilakukan menerusi inisiatif #WeThe15: Inclusive Together, selaras dengan pelaksanaan program Sahabat Istimewa IWK.Menurutnya, program tersebut merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah naungan IWK Cares yang bertujuan memperkasakan komuniti OKU dan membuka lebih banyak peluang kepada golongan ini untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat."Tanggungjawab IWK bukan sekadar memastikan perkhidmatan pembetungan negara berfungsi dengan baik namun turut merangkumi usaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, meraikan kepelbagaian keupayaan dan mewujudkan peluang yang lebih saksama untuk semua."Sejajar dengan matlamat gerakan global WeThe15, yang memperjuangkan hak dan keterangkuman 15 peratus populasi dunia yang terdiri daripada golongan OKU, IWK komited untuk menyokong agenda ini."Malah IWK juga ada memberi peluang kepada golongan ini untuk bekerja dengan syarikat. Ini kerana usaha membina masyarakat yang inklusif memerlukan komitmen bersama bukan tanggungjawab satu organisasi atau satu pihak sahaja tetapi berterusan antara agensi, sektor korporat dan komuniti," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis #WeThe15 Inclusive Together: Road TO ASEAN Para Games 2027 di Kuala Lumpur pada Sabtu.Menerusi majlis itu, turut diadakan demonstrasi pelbagai sukan para seperti badminton, catur, ping pong dan boccia. Selain itu, gerai perniagaan dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Usahawan Cendol Meleleh dan Yayasan Chow Kit turut disediakan.Tambah Narendran, melalui kerjasama itu, pihaknya juga menyemarakkan sokongan terhadap atlet para menjelang Sukan Para ASEAN 2027 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Oktober tahun hadapan."Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen para atlet Malaysia atas pencapaian membanggakan di Sukan Para Asia 2026 di Nagoya, Jepun minggu lepas."Kejayaan meraih sebanyak 27 pingat, termasuk enam emas, lapan perak dan 13 gangsa, membuktikan bahawa ketabahan, semangat juang dan keazaman mampu membawa seseorang mencapai kejayaan yang luar biasa. Ia pasti menjadi inspirasi kepada kita semua," katanya.Sokongan korporat penting demi komuniti OKU Sementara itu, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, kerjasama itu diharapkan menjadi permulaan kepada satu hubungan strategik yang bermakna dan berterusan.Jelasnya, dalam masa sama, lebih banyak organisasi korporat untuk tampil ke hadapan dan menyedari bahawa menyokong golongan OKU bukan sekadar satu bentuk sumbangan kebajikan tetapi penting dalam membina masyarakat yang lebih inklusif."Saya in
Kerjasama IWK, MPM pupuk kesedaran masyarakat

Key takeaways
IWK bekerjasama dengan MPM untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai orang kurang upaya.
- IWK dan MPM bekerjasama untuk memperkasakan komuniti OKU.
- Program #WeThe15 bertujuan mempromosikan keterangkuman dan peluang yang saksama.
- IWK menyokong agenda WeThe15 dengan memberi peluang pekerjaan kepada OKU.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today IWK, MPM jalin kerjasama perkasa keterangkuman bagi golongan OKU
- Sinar Harian Kerjasama IWK, MPM pupuk kesedaran masyarakat (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIMG_7184_148036.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)