LONDON: Aston Villa memberi bayangan mahu mengekalkan khidmat Unai Emery sebagai pengendali pasukan melepasi tempoh kontraknya yang akan berakhir pada 2029, susulan kejayaan besar dicapai pengendali dari Sepanyol itu sejak mengambil alih kelab berkenaan.
Emery, yang membimbing Villa sejak empat tahun lalu, berjaya mengubah nasib kelab itu apabila dua kali membawa mereka ke Liga Juara-Juara, selain menamatkan penantian 30 tahun untuk menjulang trofi menerusi kejayaan memenangi Liga Europa musim lalu.
Bagaimanapun, kecemerlangan itu turut mencetuskan minat beberapa kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mendapatkan khidmat bekas pengendali Arsenal dan Paris Saint-Germain (PSG) berkenaan.










