BANGKOK: Thailand memperluas akses kepada sistem kawalan pasport automatik kepada pelancong dari 33 negara, bagi mempercepat proses imigresen, mengurangkan kesesakan barisan serta melancarkan aliran trafik di lapangan terbang.
Pesuruhjaya Biro Imigresen Thailand, Leftenan Jeneral Pol Nopasilp Poonsawat mengesahkan inisiatif itu merangkumi pemegang pasport pengecualian visa dan visa elektronik berkuat kuasa menerusi Perintah Biro Imigresen yang dikeluarkan pada 24 Ogos lalu.
Senarai 33 negara dan wilayah itu termasuk Korea Selatan, Singapura, Jepun, Hong Kong, Malaysia, Australia, New Zealand, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta 24 negara Eropah termasuk Britain, Perancis, German dan Itali.









