Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan isu mendapan laluan feri di perairan Kuala Kedah memerlukan penyelesaian jangka panjang yang mampan demi kelancaran laluan ke Langkawi.

ALOR SETAR: Masalah mendapan di laluan feri perairan Kuala Kedah memerlukan penyelesaian jangka panjang yang lebih mampan bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan feri ke Langkawi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerja-kerja pengerukan dilaksanakan secara berkala iaitu setiap dua tahun, bagi memastikan mendapan tidak menjejaskan kelancaran operasi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata penyelesaian lebih menyeluruh perlu dirangka memandangkan masalah itu terus menjadi antara kekangan operasi di terminal berkenaan.