BELANJAWAN 2027 meneruskan usaha Kerajaan MADANI untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dan memperkukuh kuasa beli rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan langsung, subsidi bersasar serta langkah percukaian.Selain Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan kesinambungan subsidi bahan api bersasar BUDI MADANI, golongan berpendapatan sederhana (M40) yang layak turut mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai pendapatan individu serta peningkatan pelepasan cukai asas kepada RM12,000 daripada RM9,000.Peningkatan had pelepasan cukai asas individu sebanyak RM3,000 itu merupakan semakan pertama sejak 2010, sekali gus mengurangkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai bagi pembayar yang layak.Kerajaan turut mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak satu mata peratusan bagi dua banjaran pendapatan bercukai, iaitu kepada 18 peratus daripada 19 peratus bagi RM70,001 hingga RM100,000 dan kepada 24 peratus daripada 25 peratus bagi RM100,001 hingga RM150,000.Secara keseluruhan, penambahbaikan berkenaan dijangka memberikan tambahan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 setahun kepada kira-kira lima juta pembayar cukai, bergantung kepada pendapatan bercukai dan kelayakan masing-masing.Bagaimanapun, peningkatan pelepasan cukai daripada RM9,000 kepada RM12,000 tidak bermakna pembayar cukai menerima RM3,000 secara tunai.Sebaliknya, jumlah pendapatan yang dikenakan cukai berkurangan, sekali gus mengurangkan cukai yang perlu dibayar.Sebagai contoh, bagi individu yang mempunyai pendapatan bercukai RM80,000 mengikut peraturan terdahulu, cukai tahunannya boleh berkurang daripada RM5,600 kepada RM4,960, iaitu penjimatan RM640 setahun, setelah mengambil kira peningkatan pelepasan asas dan pengurangan kadar cukai.Bagi individu dengan pendapatan bercukai RM120,000 pula, cukai tahunan boleh berkurang daripada RM14,400 kepada memberikan penjimatan RM1,220 setahun.Pengiraan tersebut merupakan ilustrasi dengan andaian pelepasan lain kekal dan tidak mengambil kira rebat atau perubahan lain pada kedudukan cukai individu.Manfaat kepada kewangan keluarga Menurut pengurus syarikat swasta, Zaidi Yusof, 38, penambahbaikan percukaian itu merupakan perkembangan positif kerana dapat mengurangkan tanggungan cukai, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat."Saya melihatnya sebagai penjimatan cukai yang secara tidak langsung meningkatkan pendapatan boleh guna. Walaupun ia bukan kenaikan gaji secara langsung, wang yang tidak perlu dibayar sebagai cukai boleh dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan keluarga," katanya.Zaidi berkata, penjimatan tersebut boleh digunakan untuk menambah simpanan kecemasan, mengurangkan komitmen hutang atau menampung perbelanjaan asas seperti barangan dapur dan pendidikan anak-anak.Pandangan sama turut dikongsi penjawat awam, Dr Hazimah Samin, yang menyifatkan penjimatan cukai itu sebagai kelegaan kepada keluarga berpendapatan sederhana, khususnya mereka yang
Ruang M40 'bernafas' lebih luas

Key takeaways
Belanjawan 2027 memberi manfaat kepada golongan M40 melalui pengurangan cukai dan peningkatan pelepasan cukai.
- Peningkatan pelepasan cukai asas kepada RM12,000 bagi pembayar cukai.
- Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan untuk dua banjaran pendapatan.
- Kira-kira lima juta pembayar cukai akan dapat tambahan pendapatan boleh guna.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pembatalan PN buka lebih ruang kerjasama PAS-Umno, kata Hashim
- Sinar Harian Ruang M40 'bernafas' lebih luas (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIMG_7184_148036.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)