Sao Paulo: Juara dunia Formula Satu (F1) termuda, Kimi Antonelli memberi penghormatan kepada idolanya sejak kecil, Ayrton Senna dengan menyifatkan bakat, disiplin dan dedikasi legenda Brazil itu akan terus menjadi inspirasi dalam perjalanan kariernya.

Pelumba Itali berusia 20 tahun itu melakar sejarah apabila muncul juara dunia selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada Grand Prix Mexico, Ahad lalu.

Menjelang Grand Prix Sao Paulo hujung minggu ini, Antonelli meluangkan masa bersama keluarga Senna selain berpeluang duduk di kokpit jentera Lotus 1986 milik legenda berkenaan.

Lebih menyentuh perasaan, Antonelli turut mengunjungi pusara Senna buat tahun kedua berturut-turut sebagai tanda penghormatan kepada insan yang banyak mempengaruhi perjalanan awal kariernya.