Kuala Lumpur: Pemeriksaan dilakukan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke atas premis milik Bhuiyen Sdn Bhd mendapati, proses penyembelihan ayam oleh syarikat itu dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.
Pengarah Latihan, Penyelidikan dan Penyiasatan PPIM Dr Izham Nayan berkata, pihaknya juga mendapati, syarikat berkenaan mempunyai empat sijil penyembelihan dan lesen perniagaan yang sah.
Katanya, beliau menyaksikan proses penyembelihan dan mendapati haiwan berkenaan diproses secara teratur.
"Ayam yang diletakkan di atas tali sawat penghantar mempunyai masa mencukupi sebelum dimasukkan ke dalam air.








