Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata pembatalan PN membolehkan PAS memberi tumpuan terhadap kerjasama dengan Umno menjelang PRU16.PETALING JAYA: Pembatalan Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih menguntungkan PAS kerana ia membuka lebih ruang kepada parti itu untuk terus fokus bekerjasama dengan Umno, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Katanya, Bersatu paling terjejas dengan pembatalan itu kerana selama ini parti itu hanya bergantung kepada kekuatan PAS dalam PN, lapor Utusan Malaysia.

"PAS boleh memberi tumpuan terhadap kerjasama dengan Umno yang sememangnya dinantikan oleh rakyat.

“Gabungan atau kerjasama PAS dengan Umno bakal memberi kelebihan besar dalam PRU16. PAS bergabung dengan Umno, lebih senang nak mencapai kemenangan dan tidak perlu lagi bersusah-payah berkempen,” katanya.