MELAKA: Kerjasama di jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 ini disifatkan lebih tersusun dan kemas berbanding PRN Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata fokus utama dua gabungan itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Alhamdulillah kita meneruskan kesinambungan kerjasama dan muafakat daripada Negeri Sembilan ke Melaka dan Insya-Allah ke Putrajaya.

"Yang paling penting permuafakatan ini mesti berteraskan keikhlasan dan saling percaya mempercayai kerana manfaatnya bukan untuk parti tapi rakyat kemakmuran negeri dan negara, Insya-Allah.