PILIHAN raya bukan sekadar proses memilih wakil rakyat atau menentukan parti bakal membentuk kerajaan. Lebih daripada itu, ia ruang untuk rakyat menilai prestasi kepemimpinan, mengemukakan harapan dan menentukan hala tuju pembangunan mampu menjamin kesejahteraan kehidupan mereka.
Dalam kempen pilihan raya, pelbagai janji dan tawaran pembangunan akan dikemukakan parti bagi meraih sokongan pengundi. Namun, persoalan lebih penting ialah sejauh mana tawaran itu benar-benar menjawab masalah rakyat dan mampu diterjemahkan kepada tindakan selepas mandat diberikan.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki kempen minggu pertama, persaingan politik tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kekuatan jentera, populariti calon atau kemampuan parti menarik perhatian pengundi.










