KUALA LUMPUR: Melihat adik kesayangan disunting kekasih hati bukanlah fasa mudah buat pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan, 42, menyesuaikan diri dengan perubahan itu, lima tahun lalu.
Apatah lagi, adik bongsunya, Elisya Sandha, 27, cukup rapat dengannya hingga ada yang menyangka mereka ibu dan anak berikutan jurang usia yang agak jauh. Malah, Fasha juga sering membawa Elisya ke mana-mana.
Justeru, apabila Elisya dilihat seakan-akan lebih mengutamakan keluarga mentua pada awal perkahwinannya dengan Uzair Haqimy, anak kepada penerbit drama terkenal, Jinggo Azman dan Sheila Rusly, Fasha mengakui pernah berkecil hati.
"Saya terasa hati ketika dia mula-mula berkahwin. Mungkin kerana hubungan kami sangat rapat sehingga ada yang pernah menyangka dia anak saya.









