MANCHESTER – Manchester United menamatkan kemarau kemenangan selepas melakukan kebangkitan ketika menewaskan AS Roma 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) yang berlangsung di Old Trafford awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, The Red Devils ketinggalan 0-2 seawal minit ke-17 sebelum bangkit dengan tiga gol di separuh masa kedua menerusi dua jaringan Matheus Cunha serta satu gol Bruno Fernandes.
Kemenangan itu sekali gus meredakan tekanan dihadapi pengurus United, Michael Carrick yang disebut-sebut bakal dipecat selepas gagal memenangi sembilan perlawanan berturut-turut sebelum ini.
Bagaimanapun, Fernandes menegaskan, kemenangan yang dilakar bukanlah semata-mata untuk menyelamatkan ‘periuk nasi’ Carrick, sebaliknya mahu membantu pasukan kembali ke landasan sebenar.










