ISU dunia hiburan sudah menjadi makanan dalam kehidupan masyarakat hari ini biarpun adakala tanpa disedari. Apabila menyentuh soal selebriti atau isu panas, hampir semua orang berasakan diri ada ruang dan kelayakan bersuara.

Itulah kuasa ‘human interest’ yang menjadikan dunia hiburan sentiasa dekat dengan kehidupan khalayak. Lumrahnya manusia memang tertarik kepada sesuatu yang hebat, popular dan sedang menjadi sebutan.

Tidak ramai yang mahu ketinggalan dalam gelombang trending, walaupun sekadar mahu tahu bahangnya. Memerhatikan perkembangan dunia hiburan mutakhir ini, ada dua fenomena yang cukup menarik diulas.

Lihat sahaja sensasi perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah sehingga majlis kenduri rakyat mereka di Sabah diserbu lebih 20,000 pengunjung. Di Johor sebelum itu, sekitar 15,000 orang telah hadir.