JASIN: Menghidupkan semula Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai dan Sungai Rambai Aerodrome selain membangunkan sebuah bandar baharu menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit.

Menurutnya, usaha itu merupakan antara yang perlu diberi perhatian bagi mengembalikan potensi pembangunan kawasan berkenaan serta memastikan kemudahan dan projek sedia ada tidak terus terbiar tanpa dimanfaatkan.

Beliau berkata, terdapat beberapa projek lama yang masih mempunyai potensi untuk dibangunkan semula namun memerlukan penelitian dan pendekatan baharu supaya bersesuaian dengan keperluan semasa penduduk.

“Pertama sekali, saya mahu meneruskan projek atau program lama yang sudah sedia ada tetapi mungkin tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu.