Manchester: Bruno Fernandes percaya kebangkitan Manchester United daripada ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Roma 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Old Trafford, awal pagi tadi mampu menjadi titik perubahan musim pasukan itu, selain menepis dakwaan tidak benar mengenai hubungannya dengan pengurus yang kini berdepan tekanan, Michael Carrick.

Fernandes menjadi pencetus kebangkitan The Red Devils selepas aksi hambar pada separuh masa pertama di Old Trafford hampir menyaksikan mereka melanjutkan rekod tanpa kemenangan kepada sembilan perlawanan.

Pemain tengah Portugal itu menyempurnakan sepakan penalti pada percubaan kedua selepas diberi peluang mengulanginya berikutan seorang pemain pertahanan Roma didapati memasuki kawasan penalti terlalu awal ketika percubaan pertamanya berjaya diselamatkan.