Kuala Lumpur: Isu kualiti sampel petrol RON95, mitigasi tapak pelupusan sisa pepejal dan penguatkuasaan terhadap warga asing memandu tanpa lesen sah antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan keputusan analisis sampel RON95 di lima negeri dan depoh.
Selain itu, beliau bertanyakan mengenai tindakan segera kerajaan dalam memulihkan keyakinan pengguna serta penyediaan pampasan bagi kenderaan terjejas, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Pada sesi sama, Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) ingin tahu strategi jangka panjang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terhadap tapak pelupusan terbuka kritikal pihak berkuasa tempatan (PBT) luar bandar dan pelan mitigasi bagi daerah tanpa loji 'Waste-to-Energy' (WTE) untuk membendung lambakan sisa harian.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIMG_7184_148036.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
