KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyaluran peruntukan RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu akan diberikan kepada penjaja dan pengusaha gerai yang perlu dibantu menerusi penyusunan peruntukan secara lebih terancang

Menurut beliau, peruntukan itu juga perlu dimanfaatkan bagi memastikan golongan terbabit mencatat peningkatan pendapatan setiap tahun.

“Bagi saya, kalau kita dapat bantu penjaja dan peniaga kecil, dia akan bantu sejuta lagi ahli keluarga lain negara kita.