​WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan di Florida semalam bertindak membatalkan saman fitnah bernilai AS$10 bilion (RM44 bilion) yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap akhbar The Wall Street Journal.

Hakim Daerah AS, Darrin Gayles memutuskan bahawa saman terpinda yang dikemukakan oleh Trump mengalami kelemahan undang-undang yang sama seperti percubaan pertamanya berikutan kegagalan membuktikan unsur ‘niat jahat sebenar’.

​”Memandangkan Presiden gagal mengemukakan dakwaan munasabah bahawa setiap defendan membuat kenyataan berunsur fitnah dengan niat jahat sebenar, maka aduan terpinda ini mesti dibatalkan,” kata Gayles dalam penghakimannya.

Hakim berkenaan turut menegaskan bahawa pembatalan saman itu dilakukan dengan prejudis, sekali gus menghalang pihak Trump daripada mendaftarkan semula kes berkenaan di mahkamah pada masa hadapan.