Kota Bharu: "Saya nampak adik angkut air dalam baldi beberapa kali dan bertanyakan untuk apa, sebelum dia jawab nak bersihkan najis biri-biri. Rupa-rupanya dia nak padam (api) rumah yang sedang terbakar," kata Norma Ismail.

Norma, 56, berkata, dia tidak menyedari rumah pusaka orang tuanya di Kampung Semut Api, Jalan PCB, di sini, sedang terbakar, kerana ia agak terlindung meskipun rumah itu hanya bersebelahan dengan kediamannya.

Dia berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi tadi menyebabkan rumah yang dihuni adik lelakinya yang berusia 45 tahun dan mengalami masalah mental itu, hangus.

"Ketika kejadian, saya memasak dan tak nampak rumah pusaka di sebelah, terbakar, sebelum diberitahu jiran.