Melbourne: Pengendali Australia, Tony Popovic terbuka untuk menandatangani lanjutan kontrak jangka panjang bagi terus membimbing Socceroos susulan penangguhan Piala Asia, sekali gus membolehkannya membentuk semula pasukan menjelang kejohanan berkenaan.

Sebelum ini, Popovic menolak tawaran lanjutan kontrak selama empat tahun daripada Bolasepak Australia (FA) yang akan mengekalkannya bersama skuad kebangsaan sehingga Piala Dunia 2030.

Namun, beliau memilih kontrak sehingga tarikh asal Piala Asia yang dijadualkan berlangsung Februari depan.

Bagaimanapun, selepas kejohanan itu ditangguhkan ke 2028 susulan serangan kumpulan Houthi pimpinan Yaman terhadap Arab Saudi, Popovic tidak menolak kemungkinan menerima tawaran kontrak lebih panjang menerusi rundingan bersama FA.