BAITULMAQDIS: Bekas ketua tentera Israel, Gadi Eisenkot, semalam memulakan tugas membentuk kerajaan baharu dengan mendekati sekutu kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Pemimpin pembangkang itu sekali gus memberi amaran bahawa Netanyahu telah mengheret Israel ke dalam krisis bersejarah.

Eisenkot, 66, menerima mandat secara rasmi daripada Presiden Israel, Isaac Herzog, untuk membentuk kerajaan baharu dalam tempoh 28 hari walaupun blok pembangkang tidak memperoleh majoriti jelas pada pilihan raya baru-baru ini.

"Kita mesti membentuk kerajaan kecemasan nasional. Ini memerlukan langkah politik yang kreatif dan bukan konvensional," kata Eisenkot pada majlis di Pejabat Presiden.