Sabak Bernam: "Awalnya saya tidak percaya sehinggalah melihat sendiri gambar kereta yang terbabit kemalangan dengan gambar ibu yang sudah tidak sedarkan diri," kata Ammar Azizi Jasni, 28.
Ammar Azizi adalah anak kepada wanita warga emas yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas sendiri di Jalan Haji Sadri, Kampung Banting, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Rohani Marjuki, 65, pesara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam yang memandu Proton X50 meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ammar Azizi berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi ketika berada di rumahnya di Setia Alam.








