KOTA BHARU – Tukang gunting rambut kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia akibat kegagalan fungsi jantung malam semalam.

Abdul Hamid Sheikh Mubarak, 84, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada pukul 11.57 malam. Allahyarham dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sesak nafas semalam.

Anak keenam Allahyarham, Ab. Rahim berkata, sebelum ini bapanya bergantung kepada mesin oksigen selepas mengalami pelbagai komplikasi penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung.

“Bapa saya berkhidmat sebagai tukang gunting rambut kepada arwah Tok Guru Nik Aziz selama lebih 20 tahun selepas beberapa tukang gunting yang lain meninggal dunia.