KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada membabitkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah hingga Rabu ini.Ketua Pengarah Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara hingga Rabu yang berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, khususnya di kawasan pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.Menerusi kenyataan yang dikemas kini setakat 8.30 pagi ini, Mohd Hisham berkata amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan lima jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.Amaran sama turut melibatkan hampir keseluruhan daerah di Terengganu merangkumi Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu serta Kuala Nerus.Pada masa sama, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi empat jajahan di Kelantan iaitu Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli, selain Hulu Terengganu, Terengganu.Keadaan sama diramal turut melibatkan Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang selain Kudat, Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan di Sabah.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan talian 1-300-22-1638. - Bernama
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri

Key takeaways
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di empat negeri hingga Rabu ini.
- Amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan lima jajahan di Kelantan.
- Amaran waspada dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah.
- Hujan lebat berterusan diramal berlaku di kawasan pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Amaran hujan berterusan di empat negeri hingga 11 November
- Sinar Harian Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri (this story)







