SATU rakaman video yang tular di media sosial didakwa memaparkan detik awal tercetusnya kekecohan membabitkan pemain dan barisan kejurulatihan Kuching City FC serta Selangor FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA, malam Ahad.Rakaman berkenaan mula dikongsikan secara meluas oleh peminat bola sepak tempatan yang turut memberikan pelbagai pandangan mengenai insiden itu.Kekecohan dipercayai bermula selepas Kuching City memperoleh jaringan menerusi gol sendiri pemain Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi, sekali gus membantu pasukan tuan rumah menang dengan agregat 3-2 untuk mara ke final.Dalam insiden itu, ketika pemain Kuching City meraikan jaringan berkenaan, seorang pemain tuan rumah dilihat menghampiri ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, sebelum tercetus pertengkaran antara kedua-dua pasukan.Keadaan kemudian semakin tegang di kawasan bangku simpanan sehingga pengadil perlawanan, Izwan Abdullah, melayangkan kad merah kepada jurulatih kecergasan Selangor, Joel Dones.Kuching City bakal berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), pada aksi final yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Video tular bongkar detik awal kekecohan Kuching City-Selangor?

Key takeaways
Video tular memaparkan kekecohan awal antara pemain Kuching City dan Selangor FC semasa separuh akhir Piala FA.
- Kekecohan bermula selepas Kuching City mencatatkan jaringan menerusi gol sendiri pemain Selangor.
- Pertengkaran berlaku antara pemain dan jurulatih kedua-dua pasukan.
- Pengadil melayangkan kad merah kepada jurulatih kecergasan Selangor.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today ‘YB Hulk’ beri tempoh 24 jam mohon maaf tular video lama
- Sinar Harian Video tular bongkar detik awal kekecohan Kuching City-Selangor? (this story)








