Hujan lebat yang melanda kawasan Salak Tinggi, Sepang, hari ini menyebabkan air naik dengan cepat sehingga mengakibatkan beberapa kawasan kediaman penduduk dinaiki banjir.
Key takeaways
Hujan lebat di Salak Tinggi, Sepang, menyebabkan air naik dengan pantas dan menenggelami beberapa kawasan kediaman, termasuk Kampung Giching berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
- Air berwarna coklat memenuhi halaman rumah dalam tempoh singkat, mencetuskan kebimbangan penduduk.
- Pengguna Threads mendakwa tiada kerja penyelenggaraan parit atau sungai dilakukan sebelum musim hujan bermula.
- Kebimbangan turut diluahkan terhadap pembangunan pesat di sekitar Kota Warisan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda kawasan Salak Tinggi, Sepang, hari ini menyebabkan air naik dengan cepat sehingga mengakibatkan beberapa kawasan kediaman penduduk dinaiki banjir.
Kejadian itu turut mencetuskan kebimbangan penduduk apabila air keruh dilihat memenuhi kawasan halaman rumah dalam tempoh singkat.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @ly_nqqq, keadaan banjir di Kampung Giching, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, menunjukkan air melimpah sehingga menenggelami sebahagian kawasan di sebuah kediaman.
Rakaman video yang dikongsikan turut memperlihatkan hujan turun dengan lebat, manakala air berwarna coklat memenuhi kawasan sekitar rumah berkenaan.