PETALING JAYA – Sebuah buku nota yang dipenuhi keratan akhbar lama hasil usaha seorang bapa mendidik anak-anaknya mengundang perhatian ramai apabila masih tersimpan rapi, meskipun sudah berusia kira-kira 30 tahun.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @ftrhmuzan, bapa mentuanya mempunyai cara tersendiri untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama anak-anaknya dengan menggunting artikel penting dan menarik di surat khabar sebelum menampalnya ke dalam buku nota.

Menurutnya, koleksi berkenaan secara tidak langsung menjadi seperti ensiklopedia mini yang menghimpunkan pelbagai maklumat untuk bacaan dan rujukan.

Katanya, buku tersebut sebenarnya milik bapa mentuanya yang berasal dari Kluang, Johor dan masih disimpan sehingga hari ini.