GOPENG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang ketika sedang beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah hari tadi.
Beliau berkata, operasi pencarian dilakukan bersama pihak polis dan orang kampung serta dibantu syarikat pelancongan yang berhampiran menggunakan lapan unit bot miliknya.
“Sehingga pukul 3.45 petang, pasukan yang membuat pencarian awal telah bergerak membuat pencarian sejauh 4 kilometer dari lokasi tempat mangsa dilaporkan jatuh.










