KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan menerima balai bomba baharu di Ciku, Gua Musang, bagi memperkukuh tindak balas kecemasan, khususnya menangani kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di Gua Musang dan Kuala Krai.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan, berkata projek berkenaan diluluskan menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan baru-baru ini, dengan tempoh pembinaan dijangka bermula tahun hadapan.

Katanya pembinaan balai itu dijangka mengambil masa dua setengah tahun untuk disiapkan.

Beliau berkata, balai bomba Kategori D itu diperlukan bagi meningkatkan keupayaan operasi jabatan di kawasan yang mempunyai kekerapan kemalangan jalan raya yang tinggi.