NILAI – Satu video tular di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki dipercayai dalam keadaan khayal dalam kelas di sebuah sekolah di daerah ini.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna di platform Threads itu menunjukkan pelajar tersebut dalam keadaan membongkok, terhuyung hayang dengan kepala tertunduk berhampiran sebuah meja.
Menerusi kapsyen pada video itu, pelajar terbabit dikatakan sebagai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta kononnya mengambil piu piu. Bagaimanapun, identiti pelajar dan kesahihan lokasi rakaman itu masih belum dapat dipastikan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.









