KUALA LUMPUR: Datuk Razif Sidek mahu beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun memanfaatkan peluang meneruskan momentum kemenangan dengan memburu lebih banyak gelaran dalam dua kejohanan terakhir musim ini.
Legenda badminton negara itu menyifatkan keputusan pasangan nombor sembilan dunia berkenaan meneruskan saingan pada Masters Kumamoto di Jepun bermula esok dan Terbuka Hong Kong, 17 hingga 22 November ini sebagai langkah tepat meskipun mereka sudah tiada peluang melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir.
Razif berkata, kejayaan menjuarai Terbuka Perancis dan mara ke separuh akhir Terbuka Korea membuktikan Wei Chong-Kai Wun masih berpeluang menambah koleksi kejuaraan sebelum saingan musim ini melabuhkan tirainya.






