MELAKA: Prestasi pembangunan ekonomi Melaka, khususnya dalam sektor pelancongan dan pembuatan, mampu menjadi faktor yang meyakinkan pengundi atas pagar untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Sabtu ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Melaka menunjukkan perkembangan ekonomi memberangsangkan hasil kepimpinan kerajaan negeri, meskipun mempunyai keluasan geografi yang kecil.
Beliau berkata perkembangan sektor pelancongan yang semakin rancak memberi kesan positif kepada aktiviti ekonomi negeri, selain disokong pertumbuhan sektor pembuatan termasuk industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.
"Melaka ini sebuah negeri yang kecil, tetapi menunjukkan peningkatan yang sangat baik hasil kejayaan kepimpinan kerajaan negeri dalam membawa perkembangan ekonomi.








