Kuala Lumpur : Perpisahan bukan alasan buat pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman untuk memutuskan hubungan silaturahim dengan bekas suaminya, Mohd Razzi Abd Razak.

Norreen atau nama penuhnya, Norreen İman Abdullah, 32, berkata demi memastikan anak-anak mereka mempunyai kasih sayang yang mencukupi, dia dan Razzi mengamalkan 'co-parenting' yang sihat.

"Kalau jumpa dan lihat kami dengan anak-beranak di luar, semua itu kerana anak masih perlukan kami.

"Walaupun bukan lagi suami isteri, tak bermakna kami langsung tidak boleh nak berjumpa bila-bila.