ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan kepakaran pensyarah dalam bidang keselamatan siber bagi membantu mana-mana pihak menangani ancaman berkaitan.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, universiti itu mempunyai ramai pensyarah pakar dalam bidang keselamatan siber yang boleh dihubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat, rundingan atau bantuan teknikal berkaitan ancaman berkenaan.
Katanya, penawaran program Sarjana Keselamatan Siber sejak tahun lalu juga bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang itu bagi memenuhi keperluan negara.
"UUM sebenarnya menawarkan program Sarjana Keselamatan Siber di Sekolah Pengkomputeran (SoC) dan dengan adanya program ini, kita mempunyai pakar yang boleh membantu negara terutama dalam menangani ancaman siber, kita juga ada Jabatan Teknologi Maklumat (IT).








