ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia menawarkan kepakaran akademiknya bagi membantu pihak berkepentingan menangani ancaman keselamatan siber yang semakin menjadi cabaran kepada negara.Naib Canselor UUM, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, universiti itu mempunyai tenaga akademik serta pakar dalam bidang keselamatan siber menerusi program Sarjana Keselamatan Siber yang ditawarkan sejak tahun lalu.Menurut beliau, kepakaran tersebut boleh dimanfaatkan oleh mana-mana pihak yang memerlukan pandangan, bantuan atau khidmat perundingan berkaitan ancaman pencerobohan digital."Kita mempunyai pakar-pakar yang boleh membantu negara, khususnya dalam menangani ancaman siber."Kita berharap mana-mana pihak yang memerlukan bantuan serta khidmat kepakaran berkaitan isu dan cabaran keselamatan siber dapat menghubungi UUM," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Konvokesyen Ke-39 UUM di Hotel Seri Malaysia di sini pada Sabtu.Pada Jumaat, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman serangan siber yang semakin kompleks dan canggih, khususnya terhadap infrastruktur kritikal yang boleh menjejaskan keterjaminan makanan negara.Menurut Perdana Menteri, ancaman berkenaan membimbangkan kerana melibatkan pelbagai sektor dan memerlukan negara membina keupayaan untuk menjangka serta menghadapi serangan, bukan sekadar bertindak selepas sesuatu insiden berlaku.Mengulas perkara itu, Ahmad Martadha berkata program Sarjana Keselamatan Siber yang ditawarkan universiti berkenaan turut membuka peluang kepada individu yang berminat mendalami bidang tersebut, khususnya ketika ancaman siber semakin mendapat perhatian di peringkat global.Katanya, pihak universiti juga sedang meneliti langkah untuk memperkukuh keselamatan sistem dan data UUM susulan terdapat cubaan menceroboh laman sesawang serta pangkalan data institusi berkenaan."Pihak universiti telah meminta UUMIT yang mempunyai kepakaran berkaitan untuk menilai keperluan menyediakan sistem tembok api berkeupayaan tinggi bagi menangani pelbagai bentuk ancaman."Kita bukan sahaja mahu memastikan UUM terpelihara daripada ancaman siber, malah memastikan sistem serta data universiti mendapat perlindungan sewajarnya," katanya.Dalam perkembangan lain, seramai 6,442 graduan akan menerima ijazah masing-masing membabitkan sembilan sesi sempena Majlis Konvokesyen Ke-39 UUM yang berlangsung dari 15 hingga 19 November di Dewan Mu'adzam Shah, Sintok.Sultan Kedah yang juga Canselor UUM, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengisytiharkan sesi pertama serta mengurniakan ijazah kepada graduan pada majlis konvokesyen tersebut.Daripada keseluruhan jumlah graduan itu, seramai 5,296 graduan merupakan graduan ijazah sarjana muda, manakala 1,082 graduan terdiri daripada graduan pascasiswazah yang meliputi Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pengurusan, Doktor Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana.Selain itu,
UUM tawar kepakaran tangani ancaman siber

Key takeaways
Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan kepakaran akademik dalam keselamatan siber untuk membantu pihak berkepentingan menangani ancaman siber.
- UUM mempunyai tenaga akademik dan pakar dalam keselamatan siber melalui program Sarjana Keselamatan Siber.
- Program tersebut membuka peluang kepada individu yang berminat mendalami bidang keselamatan siber.
- Pihak berkepentingan boleh menghubungi UUM untuk bantuan dan khidmat perundingan berkaitan ancaman siber.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian PDRM tingkat kesiapsiagaan hadapi ancaman siber
- Malaysiakini (BM) Ancaman siber: Teo saran audit keselamatan agensi k'jaan, syarikat, NGO
- Malaysiakini (BM) Ancaman siber: Bersedia, jangan tunggu diserang - PM
- Sinar Harian UUM tawar kepakaran tangani ancaman siber (this story)
- Berita Harian UUM tawar kepakaran atasi serangan siber









