SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa supaya menyiasat jejak wang RM50 juta yang digunakan untuk membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengenal pasti sumber dana itu diperoleh.Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) wajar menyiasat perkara tersebut.Menurut beliau, siasatan berkenaan penting memandangkan wujud dakwaan wang digunakan untuk membayar denda tersebut dikaitkan dengan pemberian seorang ahli perniagaan yang mempunyai kaitan dengan bekas Presiden UMNO itu."Dalam konteks inilah, Kerajaan Madani yang antisakau wajib melakukan siasatan bagi memastikan sumber duit denda RM50 juta itu."Boleh jadi ia bukan daripada seorang ahli perniagaan yang didakwa tapi tauke-tauke lain yang juga mendapat kontrak dan konsesi berbilion-bilion ringgit daripada Mohd Najib," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.Jelas kenyataan itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi dan pelaksanaannya tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Pada Jumaat, media melaporkan UMNO mengesahkan proses pembayaran denda RM50 juta sudah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian dilapor menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenankan Sultan Ibrahim.AGC dipetik berkata, penangguhan dibuat susulan timbul persoalan perundangan bagi tafsiran perintah itu, terutama mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sudah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Madani wajib siasat sumber dana pembayaran denda RM50 juta Najib - Kadir Jasin

Key takeaways
Kerajaan Madani digesa menyiasat sumber dana RM50 juta yang digunakan untuk membayar denda Najib.
- Pihak berkuasa seperti SPRM dan BNM digesa menyiasat sumber dana RM50 juta.
- Dakwaan kaitan dana dengan ahli perniagaan berkaitan Najib diperlukan penyiasatan.
- Istana Negara menyatakan perintah pengampunan bersyarat Najib sudah dipenuhi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kerajaan teruskan Dana Inovasi Media 2.0
- Sinar Harian Kerajaan Madani wajib siasat sumber dana pembayaran denda RM50 juta Najib - Kadir Jasin (this story)









