MASJID TANAH: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menasihatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, supaya berkempen secara berhemah.
Meskipun persaingan berlaku di peringkat negeri, beliau menegaskan, BN masih bekerjasama dengan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
"Kita mesti melihat kerajaan Persekutuan, kita masih berada dalam Kerajaan Perpaduan.
"Kita perlu memastikan kempen dijalankan secara berhemah kerana matlamat kita berkempen adalah untuk membentuk kerajaan.









