KAHERAH/ISTANBUL: Sekurang-kurang tujuh maut, manakala 112 lagi cedera apabila beberapa gerabak kereta api penumpang tergelincir daripada landasan sebelum terbalik di wilayah Giza, utara Mesir, semalam, lapor Anadolu Ajansi memetik Kementerian Kesihatan.
Nahas berlaku berhampiran perkampungan Gerza di daerah Al-Ayyat, sepanjang jalan pertanian Kaherah-Aswan.
Kementerian memaklumkan bahawa 72 ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi kecemasan.
Menteri Kesihatan, Khaled Abdel Ghaffar, mengarahkan kemudahan kesihatan di seluruh Giza dan wilayah jiran, Beni Suef, meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta menyediakan rawatan kecemasan kepada mangsa yang cedera.









