Keadaan di lokasi nahas beberapa gerabak kereta api penumpang tergelincir dan terbalik di Wilayah Giza, utara Mesir pada Ahad. (Gambar EPA Images)KAHERAH: Empat penumpang maut, manakala 88 lagi cedera pada Ahad selepas beberapa gerabak kereta api penumpang tergelincir dan terbalik di Wilayah Giza, utara Mesir, lapor Anadolu Ajansi memetik Kementerian Kesihatan negara itu.
Kemalangan itu berlaku berhampiran Perkampungan Gerza di Daerah Al-Ayyat, di sepanjang laluan pertanian Kaherah-Aswan.
Kementerian memaklumkan 72 ambulans dikerahkan ke lokasi bagi operasi bantuan kecemasan.
Menteri Kesihatan, Khaled Abdel Ghaffar, mengarahkan semua kemudahan kesihatan di Wilayah Giza dan wilayah jiran, Beni Suef, meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta menyediakan rawatan kecemasan kepada mangsa cedera.








