Kuala Lumpur: Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw sedang memantau rapi situasi di Kraków, Poland susulan insiden tembakan di Dataran Pasar Utama bandar raya itu pada Sabtu.
Kedutaan memaklumkan pihaknya sentiasa berhubung dengan komuniti rakyat Malaysia di Kraków bagi memastikan keselamatan mereka.
"Pihak kedutaan menggalakkan rakyat Malaysia di Poland supaya mendaftarkan butiran diri mereka dengan pihak kedutaan," menurut kedutaan dalam satu hantaran di laman Facebook pada Ahad.
Kedutaan itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada para mangsa, keluarga mereka serta seluruh rakyat Poland.








