PETALING JAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw memantau rapi situasi di Krakow, Poland, susulan insiden tembakan di Dataran Pasar Utama bandar raya itu, kelmarin.
Kedutaan dalam kenyataannya berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan komuniti rakyat Malaysia di Krakow bagi memastikan keselamatan mereka.
“Pihak kedutaan menggalakkan rakyat Malaysia di Poland supaya mendaftarkan butiran diri mereka dengan pihak kedutaan,” kata kenyataan itu di laman Facebook, malam tadi.
Kedutaan itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada para mangsa, keluarga mereka serta seluruh rakyat Poland.








