KUALA NERUS: Penduduk di 460 kawasan dikenal pasti berisiko banjir di Terengganu diingatkan sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan tidak menunggu sehingga air naik sebelum berpindah.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Hafiz Asikin, berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya kawasan kediaman mula dinaiki air atau diarahkan pihak berkuasa.
Katanya, penduduk disaran menyediakan beg kecemasan lebih awal supaya urusan menyelamatkan diri dapat dilakukan segera.
"Beg perlu mengandungi dokumen penting, wang tunai, ubat-ubatan, lampu suluh serta keperluan asas lain mudah dibawa ketika kecemasan.









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FTrumpandDanaWhiteintheSpotlight_435224.png&w=480&output=webp&q=85&we)
