Iraq mencapai persefahaman dengan Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan eksport minyak negara itu melalui Selat Hormuz menggunakan laluan perkapalan berhampiran Oman.

Menteri Luar Iraq, Fuad Hussein, mengumumkan perkara itu dalam temu bual bersama Al Jazeera.

Beliau berkata, kerugian Iraq akibat perang Iran dan gangguan terhadap eksport minyak mencecah AS$60 bilion (kira-kira RM243.44 bilion).

Eksport minyak Iraq kembali pulih pada Oktober selepas mencatatkan kemerosotan ketara pada bulan sebelumnya.