Melaka: Geran khas perniagaan wanita dan penambahan pusat penjagaan kanak-kanak kerajaan antara tawaran Pakatan Harapan (PH) bagi memperkasa golongan itu, sekali gus membantu meningkatkan kestabilan ekonomi keluarga di negeri ini.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata usaha memperkasa wanita menjadi antara keutamaan gabungan itu, mengambil kira jumlah pengundi wanita di Melaka yang tinggi dan seiring dengan pengundi lelaki.

Beliau berkata, geran khas berkenaan bertujuan membantu usahawan wanita, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (IKS), mengembangkan perniagaan masing-masing.

"Geran khas ini perlu mengambil kira keperluan sebenar usahawan wanita seperti pembelian peralatan, menambah stok dan meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil.