MELAKA: Geran khas perniagaan wanita dan penambahan pusat penjagaan kanak-kanak kerajaan antara tawaran Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, ia antara usaha PH untuk memperkasa golongan berkenaan, sekali gus membantu meningkatkan kestabilan ekonomi keluarga di negeri ini.
Katanya usaha memperkasa wanita menjadi antara keutamaan PH, mengambil kira jumlah pengundi wanita di Melaka yang tinggi dan seiring dengan pengundi lelaki.
Beliau berkata geran khas itu bertujuan membantu usahawan wanita, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (IKS), mengembangkan perniagaan masing-masing.









