PETALING JAYA : Seorang lelaki yang memegang objek menyerupai pistol dalam paparan video tular di media sosial dipercayai merupakan anggota polis yang sedang bertugas dalam Op Tapis Khas di Jalan Sultan Salahuddin, ibu negara, Sabtu lalu.

Kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan sebuah Honda Accord hitam dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, ketika polis menghampiri kenderaan itu untuk pemeriksaan, pemandunya bertindak memandu secara melulu dan melanggar sebuah Honda City biru bagi meloloskan diri.

“Polis berjaya mengesan semula kereta berkenaan di persimpangan Jalan Sultan Salahuddin sebelum bertindak mengejarnya pada pukul 6.40 petang,”katanya dalam kenyataan hari ini.