PETALING JAYA – Tiga wanita berdepan detik mendebarkan apabila terserempak dengan seorang lelaki bertopi keledar sambil memegang objek menyerupai pistol di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tunku semalam.
Menerusi video yang tular di Threads, ketiga-tiga wanita itu dilihat berada di dalam sebuah kereta sebelum menyedari kelibat lelaki terbabit yang dipercayai sedang mengejar seseorang.
Kehadiran lelaki berkenaan secara tiba-tiba di tengah jalan menyebabkan pemandu kenderaan itu cemas dan mengundurkan keretanya bagi mengelak menghampiri lelaki berkenaan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku selain turut bimbang dengan keselamatan orang awam di sekitar kawasan itu.









