KOTA BHARU – Kunjungan pelbagai kaum termasuk rakan-rakan beragama Islam memeriahkan perayaan Deepavali di rumah seorang pempengaruh media sosial di Kampung Lundang sini hari ini.
G. Thanaletchumi, 48, atau terkenal dengan gelaran Mek Kelate Mek Manis berkata, perayaan tahun ini sangat meriah dengan pelbagai makanan tradisi disediakan selain untuk rakan-rakan beragama Islam.
Menurutnya, ramai jiran dan rakan-rakan mula datang untuk menjamu selera nasi kuning berlaukkan kambing dan rendang ala India bermula pukul 1 tengah hari.
“Saya rasa perayaan Deepavali tahun ini sangat meriah kerana tahun lepas kita hanya menyambut sederhana kerana kebetulan ibu mentua saya meninggal dunia. Setiap tahun saya sekeluarga menyambut perayaan ini di rumah ibu mentua di Kampung Lundang sini bersama kakak dan abang ipar.









