KUALA LUMPUR – Seramai 196 pelanggan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pemeriksaan turut dilakukan terhadap seorang lelaki yang merupakan pengurus premis, 12 lelaki dan empat wanita pekerja premis.

Katanya, pemeriksaan turut melibatkan 89 lelaki tempatan, 75 wanita tempatan, 43 lelaki warga asing dan 12 wanita warga asing.

“Selain itu, seramai 93 lelaki tempatan bawah umur, 61 wanita tempatan bawah umur, 16 lelaki bawah umur warga asing dan 25 wanita bawah umur warga asing turut diperiksa.